Friday, December 19, 2008

JANGAN SENGAJA KUFUR NIKMAT ALLAH...

Ramai beranggapan, bila seseorang itu zuhud, alim, takwa, qanaah maka kehidupannnya mestilah ala-ala orang miskin. Pakaian lusuh, rambut selekeh, janggut panjang, kereta buruk (jika ada kereta) dan sifat-sifat yang seumpamanya. Ini kurang tepat. Dalil saya ialah - IMAM ABU HANIFAH (Pengasas Mahzab Hanafi).
Menurut riwayat yang sahih, Imam Abu Hanafiah seorang yang segak, suka berpakaian kemas dan indah serta menghias diri sedanya, dan gemar mewangikan tubuh badan. Beliau kurang senang kalau melihat perilaku orang yang "sengaja buat selekeh dengan iktikad bahawa itulah gaya sufi yang sempurna".
Suatu kisah ada menceritakan bahawa pada suatu hari Imam Abu Hanafiah terpandang kepada seorang yang menghadiri majlis ilmunya dengan pakaian yang tidak senonoh. Setelah majlis tamat, beliau memberi isyarat agar orang tersebut jangan pulang dulu. Imam Abu Hanafiah lalu mendekati orang itu dan berkata kepadanya, "Angkatlah tikar yang sedang awak duduk dan ambillah apa yang ada di bawahnya." Ternyata di bawah tikar itu ada sejumlah wang sebayak 1,000 dirham.
"Gunakanlah wang itu untuk membeli pakaian baru!" kata Imam Abu Hanafiah.
"Saya sebenarnya tidak memerlukan wang ini kerana saya adalah orang yang berada (mempunyai kekayaan)", jawab lelaki itu.
Mendengar jawapan orang yang sebennarnya kaya itu, Imam Abu Hanafiah menjawab, "Apakah awak tidak pernah mendengar sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis baginda yang berbunyi: Sesungguhnya Allah swt suka melihat kesan nikmatNya di atas hambaNya?".

Sayang sekali saya bukan ustaz/ulama/kyai. Kalaulah saya punya autoriti untuk beri ulasan, pasti saya akan memberi ulasan lebih terperinci. Tak mengapalah, saya harap pembaca bolehlah memahami, merenungi dan mengetahui hakikat "nikmat Allah"...sama-samalah kita mendalami hakikat sebenar zuhud dan qanaah agar tidak silap bertingkahlaku sehingga jadi seperti lelaki kaya yang sengaja bertingkahlaku tidak sepatutnya.

3 comments:

  1. harap kehadiranku tidak mengotorkan laman sucimu, mufakiralam. aku hanya "tasu" (anjing) yang tak bertuan, merayau menyalak penjahat bangsa. Singgah di lamanmu sebentar menyedut udara syahdu kalimahmu yang indah...

    ReplyDelete
  2. Dulu, aku juga sealiran denganmu...kerana silap langkah,, diriku terbuang, aku merasa amat berdosa...itulah sebab mengapa aku mengelar diriku "tasu' (anjing). Aku ini memang layak dipanggil anjing...aku sudah tidak punya keris sepertimu, yang tinggal hanya suara salakanku. Aku akan menyalak siapapun yang kuhidu busuk hatinya...

    ReplyDelete
  3. sdr, mengapa mesti mengelar dirimu dengan nama yang buruk? Sehingga aku tidak sampai hati memangil namamu. Namun, setelah membaca beberapa entri blog sdr, saya dapat menyelami hati nurani sdr. Jika benarlah tekaanku, sdr bukanlah setaraf dengan "anjing". Bangunkan kembali jatidirimmu yang engkau katakan telah pergi. Kembali ke pangkal jalanmu yang dahulu...

    ReplyDelete